Tuesday, December 27, 2011

Letih ...

Sepi mulai terasa ...
Jalan yang harus tetap ditempuh
Sekalinya hampa
Hilang tempatku bergayuh

Hanya segelintir orang yang benar benar peduli dengan perasaan orang lain. Kesulitan yang satu akan diikuti dengan kesulitan kesulitan yang lain. Namun, kita juga tidak / jangan pernah lupa disetiap kesulitan ada kemudahan..kemudahan...dan kemudahan.

Jangan pernah putus asa terhadap apa yang kita jalani. Jika memang belum bahagia ... yah paling tidak ada niatan dalam hati untuk hidup lebih bahagia atau paling tidak ada usaha untuk hidup lebih bahagia.

Ciri-ciri Suami Teladan
  • Suami yang sholeh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
  • Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
  • Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan

CIRI-CIRI SUAMI YANG SHOLEH :

- Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
- Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
- Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
- Menjaga hati dan perasaan isteri

- Sentiasa tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
- Bersabar dan menghindari memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
- Jangan mengejek isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
- Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
- Tidak terlalu mengikuti kemauan isteri kerana ia akan menurunkan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
- Memberi nafkah kepada keluarga menurut kemampuan
- Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang layak
- Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
- Senantiasa bertanggung jawab tentang keselamatan mereka
- Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keridhoan Allah SWT, yaitu :

- Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
- Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
- Rumahtangga sentiasa bersih dan nyaman
- Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat
- Ahli-ahlinya sholat berjamaah
- Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
- Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
- Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
- Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
- Rumahtangga hendaklah sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kebajikan
- Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.